Dewan Rakyat Argentina

Dewan Rakyat Argentina (Bahasa Sepanyol: Cámara de Diputados de la Nación) merupakan dewan rendah dalam Kongres Negara Argentina iaitu badan perundangan utama dalam negara tersebut. Ia terdiri daripada 257 wakil negara yang dilantik dalam pilihan raya kecil dalam kesemua 23 buah wilayah Argentina termasuk ibukota Buenos Aires) mengikut perwakilan berkadar senarai parti. Pilihan raya dalam Dewan ini dilangsungkan setiap dua tahun, di maan keahlian separuh anggotanya akan diperbaharui setiap penggal.Dewan ini dipengerusikan seorang presiden (Presiden Dewan, Presidente de la Cámara) yang diikuti tiga orang timbalannya.